Adik2 SPM semua esok dah start exam kan? Ramai yang dm Kayana mintak nasihat & semangat. Ni Kayana nak share sikit 🥰
.
Kayana SPM 12 tahun yang lalu. Waktu tu ambik 10 subjek, aliran sains tulen. Tapi cuma dapat 7A je. Kayana bukan la straight A’s student pun 😅 Niat nak sambung belajar dentistry tapi sebab Biology cuma dapat B+ je so tak lepas masa isi UPU.
Pilihan 1 sampai 4 semua dentistry. Pilihan kelima baru law sebab masa sekolah dulu, Kayana join debate club. So ingat macam debate time sekolah & belajar law tu lebih kurang la LOL 🤪 So instead of ambik dentistry, Kayana belajar law. And it’s a great course to learn and I wouldn’t have it any other way 😊
And to date, Yana tak jadi lawyer pun. I fell in love with hosting & acting. I feel happy doing it. Dan benda ni paling penting! Kayana kerja tapi tak rasa macam kerja 😊 Alhamdullilah nikmat pekerjaan yang baik Allah bagi..
So to my adik2, don’t worry. SPM is one of the biggest exams kita akan hadapi. Undeniably, we must do our best. But remember, SPM is just the beginning. Niat kita belajar bukan hanya untuk lepas exam, tapi untuk ilmu yang bermanfaat.
Belajarlah setinggi mana pun yang adik2 mahu, kerana pendidikan & ilmu itu penting. Tapi ingat, jadilah orang berilmu yang beradab & berbudi bahasa. Sebab perjalanan hidup kita ni masih panjang.
Ingat mak ayah kita. Jadikan mereka sebagai pembakar semangat untuk kita berjaya & dapat berbakti semula kepada masyarakat. Kayana doakan adik2 semua dapat keputusan yang membanggkan ibubapa.
Malam sebelum exam make sure tidur awal. Hari exam tu, bangun lebih awal. Refresh untuk kali terakhir pagi tu. Selawat banyak2. Dan buat sehabis baik. You can do this! ♥️
All the best adik2 ku 🥰
#SPM @ SBPI Gopeng